Dmitry Medvedev
Dmitry Medvedev

Dmitry Medvedev

Dmitry Anatolyevich Medvedev (Bahasa Rusia: Дми́трий Анато́льевич Медве́дев (IPA: [ˈdmʲitrʲɪj ɐnɐˈtolʲjɪvʲɪtɕ mʲɪˈdvʲedʲɪf])  listen (bantuan·maklumat); lahir 14 September 1965 di Leningrad (kini Saint Petersburg) ialah seorang ahli politik Rusia dan kini Timbalan Perdana Menteri Rusia yang pertama, yang baru-baru ini dipilih menjadi Presiden Rusia pada 2 Mac 2008. Keputusan rasmi pilihanraya dijangka diisytiharkan pada 7 Mac, apabila Medvedev secara rasminy akan menjadi bakal preseiden Rusia. Beliau memegang jawatan mulai 7 Mei 2008.Belaiu dilantik menjadi timbalan perdana menteri kerajaan Rusia yang pertama pada 14 November 2005. Dahulunya ketua staf kepada Vladimir Putin, beliau juga merupakan Pengerusi lembaga pengarah Gazprom, iaitu jawatan yang dipegang beliau (buat kali kedua) sejak tahun 2000. Pada 10 Disember 2007, beliau secara tidak rasminya didukung sebagai calon untuk pilihanraya presiden yang menjelang pada ketika itu oleh parti politik terbesar di Rusia, iaitu Rusia Bersatu, lalu didukung secara rasmi pada 17 Disember 2007. Pencalonan Medvedev turut disokong presiden penjawat kini Vladimir Putin dan parti-parti pro-presiden.[2] Selaku orang lantikan teknokrat and politik, Medvedev tidak pernah memegang jawatan pilihan sebelum tahun 2008.